SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH
Written by Webmaster   

                                                                         
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menyiapkan laman web ini. Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua SMA Mahmudiah, Tuan Haji Mohd Yakin bin Mahmood kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan laman web ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada seluruh warga SMA Mahmudiah di atas kerjasama yang yang telah diberikan bagi merealisasikan pembangunan laman web ini.

Akhir sekali harapan saya agar laman web ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga SMA Mahmudiah.

sekian

 
Takziah Buat Keluarga Zur Iras bekas pelajar SMA Mahmudiah...Al-fatihah
Written by Administrator   
Sunday, 17 April 2011 14:22

BESUT: Tiga pelajar wanita Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Jelawat, Bachok, Kelantan terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam satu kemalangan di kilometer 3, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak di sini pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva Nordiana Mohd Noor,22 yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Zur Iras Zakaria, 19 dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabar,19 dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka yang cedera ialah Bazilah Abdullah, 19 dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bahru dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19 dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.Kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan. - Bernama

 
 

Asmaul Husna

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Pendapat Anda Mengenai Laman Web ini?